Assalamualaikum wbt

Selamat Datang ke laman web SAYDA NUR

Tahniah kepada pihak pengurusan yang telah menyediakan satu platform jaringan bisnes sesama ahli atau rakaniaga. Adalah diharapkan laman web ini akan bertindak sebagai portal bisnes jaringan usahawan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kewangan di kalangan individu dan usahawan di negara ini.

Pelbagai inisiatif bisnes dan kewangan dalam bidang perniagaan online yang pesat membangun dan telah digunakan untuk meningkatkan integriti dan keberkesanan jaringan bisnes sesama ahli dan pengurusan dan pentadbiran secara online amat dititik beratkan.

Pendekatan digital dan konsep komunikasi yang telus dalam memberikan info multimedia yang diperlukan dari masa ke semasa. Kami juga akan menyediakan info perakaunan dan pengiraan insentif yang ditawarkan tepat dan telus. Paparan maklumat rangkaian peribadi yang telus untuk mempromosikan link bisnes kepada pihak yang ketiga juga disediakan untuk memudahkan ahli-ahli berhubung terus dengan prospek atau pelanggan baru mereka.

Kami pastikan bahawa teknologi maklumat sentiasa segar dan baru sebagai tapak penghasilan bisnes rangkaian yang menarik dan dikemaskini secara berterusan. Kami akan dapat memupuk kefahaman, keyakinan dan kebolehpercayaan ahli-ahli  dan membolehkan Kita maju dengan cepat ke arah ekonomi berasaskan perniagaan rangkaian (Berasaskan Jaringan Usahawan Ekonomi Malaysia).

Bersama Memertabatkan Ekonomi Usahawan Malaysia.

Muafakat Membawa Berkat.

Terima Kasih

Tn. Bahrin Bin Hj. Yusof.
Pengarah Urusan
SAYDA NUR